SELAMAT DATANG KE KEDAI JERSI SABAH! Tempahan jersi PRE-ORDER buka pada masa operasi sahaja. Jadual penghantaran setiap ISNIN, SELASA dan KHAMIS. Sila buat pembayaran sebelum pukul 2 petang Jumaat, Ahad dan Selasa.

PERBEZAAN GRED JERSI

Gred AAA atau lebih dikenali sebagai Super A
  • Replika tiruan kualiti biasa dari Siam.
  • Design sama dengan original jersi.
  • Finishing dan material berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
  • Logo brand dan logo kelab/negara adalah sulam.
  • Sizing Eropah / UK size. Saiz biasa untuk orang Asia.
  • Saiz yang ada SS, S, M, L dan XL dan XXL bagi jersi tertentu.
    Liverpool Home AAA 2014/2015
    Real Madrid Away AAA 2014/2015

    Gred 2nd Ori ( Adidas, Nike, Puma, Warrior, Under Armour dll )
    • Perbezaan yang tidak ketara dengan Gred AAA jika dilihat pada mata kasar. Namun, kualiti fabrik Gred 2nd Ori adalah lebih baik dan lembut berbanding jersi Gred AAA.
    • Jahitan yang lebih kemas.
    • Sizing Eropah, Saiz jersi S, M, L dan XL. Sizing lebih besar sedikit berbanding AAA. Contohnya saiz S untuk AAA adalah 19.5 inci manakala 2nd Ori saiz S ialah 20 inci. 
    • Packaging guna plastik polybag lembut yang mempunyai logo brand pengilang jersi tersebut. Kertas pelapik yang digunakan ialah kertas nipis manakala AAA meggunakan kertas yang lebih keras dan tebal.

    Bayern Munich Home Dengan Patch : 2nd Ori 2014/2015


    Contoh perbezaan packaging Gred 2nd Ori (kiri) dan AAA (kanan)


    Finishing jahitan dan design adalah lebih cemerlang



    Player Issue Nike

    • Player Issue adalah jersi dengan ciri-ciri yang dibuat khas seperti pemain sebenar di atas padang.
    • Kualiti kainnya jauh lebih cemerlang daripada Gred AAA dan 2nd Ori.
    • Kain yang lebih ringan, mampat, lembut dan boleh menegang. Contohnya untuk kelab Nike : Manchester United, Barcelona, PSG dan negara France, England dll. Logo adalah sulam.
    • Beg plastik yang digunakan mempunyai lambang Nike dan datang dengan Tag sehingga 4-5 keping.
    • Keistimewaan utama ialah mempunyai lubang-lubang udara di tepi badan untuk pengudaraan.
    • Tersedia dalam saiz potongan Body-Fit Cutting dan Standard Cutting, mengikut pengeluaran kilang masing-masing.
    • Saiz lebih kecil jika Body-Fit, contohnya biasa pakai saiz S untuk gred AAA, perlu ambil saiz M untuk PI.







    Player Issue Adidas ( Climacool & Adizero )
    • Adidas mengeluarkan dua jenis jersi PI untuk FIFA World Cup 2014 iaitu satu dikenali sebagai Adizero dan kedua dipanggil sebagai Climacool.
    • Climacool ialah jersi yang dipakai oleh para penonton atau Fans Issue. Logo pula adalah sulam.
    • Adizero berbeza dengan Climacool. Adizero dibuat khas untuk pemain tertentu seperti Lionel Messi.
    • Perbezaan paling ketara antara Climacool dan Adizero ialah lubang udara atau ventilation hole pada bahagian lingkaran lengan baju. Tetapi beberapa Adizero juga ada yang tidak memiliki lubang pengudaraan pada lingkaran lengan.
    • Kualiti kain Adizero paling terbaik antara semua sebab ringan, elastik dan fleksibel. Logo Adidas dan logo kelab/negara dibuat secara tampal/sticker.
    • Saiz lebih kecil jika Body-Fit, contohnya biasa pakai saiz S untuk gred AAA, perlu ambil saiz M untuk Adizero. 











    Player Issue Adidas ( Adizero )

    • Sama seperti Nike, Adidas juga mempunyai jersi Gred Player Issue yg dikenali sebagai Adizero. Kebanyakannya Cutting Bodyfit , ada juga cutting Standard.
    • Kualiti kain paling terbaik antara semua sebab ringan, elastik dan fleksibel.
    • Logo Adidas dan logo kelab/negara dibuat secara tampal/sticker.
    • Saiz lebih kecil jika bodyfit, contohnya biasa pakai saiz S untuk gred AAA, perlu ambil saiz M untuk Adizero.




    UNTUK TEMPAHAN MELALUI KJS :

    1. Sis Ezrah 014-353 4906

    2. Bro Dave 013-857 7153


    *** Simply drop message via SMS / WHATSAPP ***